01 January 2015

muka surat pertama di alam 2015
janji baru anda
daki lama sila buang jauh
kerana di ambang permulaan ini semuanya manis belaka
semuanya moga-moga
esok lusa kau termakan sendiri.
itu kehendak kau.
aku tulis yang jujur sahaja.
salam.

20 April 2014

bila kita berjalan separuh, semua orang kata rugi
bila kita jalan habis, manfaat takda penat ada
bila kita tak jalan, malas
bila kita merangkak, lembap
bila kita terpelecok orang kata kelamkabut sangat.
taknak dah cerita pasal orang
lantakla.
aku peduli apa, bukan mereka yang mak abah aku.
tapi kadang aku kesah
kerana mereka orang sekeliling aku
kerana mereka terkadang ada bersama tapi belum sempurna
muncul bila termampu, bila taktermampu kita jadi terdiam kaku
sedang kita hidup pun bergantung sesama mereka
inikan dunia.
sudah sampai masa hentikan benci-membenci
kerana semua kosong tapi berbunyi dendam
sudah sampai waktunya maafkan dan melupakan
kalau sukar mana pun maafkan
andai takboleh lupakan.

mak hidup ini bagaimana.
jalan ceritanya sampai bila?

31 March 2014

12 September 2013

masih fikir putih rupanya hitam,
masih suka jernih rupanya keruh,
masih disangka kuat rupanya rapuh,
masih dingat senang rupannya payah,
masih dirasa kukuh, rupanya goyah,
kalau semuanya masih,
apa yang tinggal.
wahai malam, wahai angin, cakap pada bulan,
aku penat. 
aku putus aku jatuh,
kali ini bikin apa,
aku masih yang sama. 

22 July 2013

hanya padamu ya rabbi.
segala, yang lepas sudah ku palitkan dengan gembira pada dia, dan keluarga.
waktu sarat, sakit perit takperlu timbul lagi.
bila suatu ketika dulu sakit bentar, aku gahkan dengar dia.
kali ini, tugas dan cabaran jauh aku untuk dugaan hamba yang paling berdosa ini.
jangan-jangan paling lagi,
dia jodoh.
doa sehingga tutup mata kadang belum mampu cukup.
tapi kalau kau percaya, dan yakin pasti jadi.
aku terlupa buat begitu.
tapi Allah masih begitu percaya pada aku.
dan sekarang masih beri tiap peluang, yang aku takmampu galas.
berterimakasihlah.

13 June 2013

kali ini aku gambarkan sepanjang hidup aku kembali berubah
atau kali ini lebih bahagianya dari setiap sudutnya.
mungkin kali ininya belum lagi penghabisan, tapi aku mahu mulakan dalam satu sudut
yang dulu bukannya dari aku.
kini, nyata atau tidak ringankan segalasegalanya agar aku lebih mudah bernafas
dan cuba lengahkan dan hindar daripada sesak seperti dulu.
mungkin dulu itu bodoh, tuli, pekak, badak, buta, sakai.
tapi yang bodoh itulah diri aku, yang bagi aku peluang kenali apa sahaja yang ada.
yang tuli itulah pembuka hati, yang pekak tulah penghadang hidup, yang buta itulah pelindung
dan yang sakai itulah sikap aku sendiri asalkan aku tahu itu diri aku.
cuma rindu dengan apa yang ada didahulu, dan takmungkin mahu tinggalkan apa yang ada sekarang
manusia, manusia tamak takhabis2, bongok takpernah nak lenyap dan bengap takpernah nak padam yang aku tahu itu manusia.
banyak lagi perihal yang sekitarnya manusia kita takperlu nilai tapi memang itu fitrah hidup
walau kosong jiwa tapi masih punya hati
walau tiada hati tapi punya perasaan mati.
dan itu manusia yang aku kenali.
yang sehingga hari ini.
untuk hari ini.



29 April 2013

belum tentu semua permulaan yang sentiasa baik akan berakhir dengan baik.
berpeluh aku menghadap jutaan setiap waktunya,
terlalu lampau banyak dan berkalikali, jatuh dan rabak
tapi bangkitnya cuma sekali dua.
takkuat,
semakin hari hari berikutnya,
kita semakin hilang dengan mereka yang berharga,
mereka yang jauh lebih bernilai.
awak, yang nyata permulaan sentiasa diharapkan satu permulaan yang
perlu diakhiri dengan senyuman aku sendiri.
mereka perlukan senyuman aku.
ya.
aku lupa.
aku rindu semua yang pernah aku teman hidupnya.
semoga, kita takjauh dan tak jatuh lebih dalam.