24 July 2011

Penakut


Kalau nak dieja memang senang
Zaman yang fenomena berbagai jadah
Memang payah orang nak mengaku diri sendiri penakut
Tapi . .
Yaa , memang aku seorang penakut
Penakut aku jauh lebih membanggakan aku
Aku jauh lebih tenang jadi penakut
Penakut untuk bagi aku kekuatan
Kadang aku memang takut
Kenapa
Terhuyunghayang aku jalan sorangsorang dan bukan bertatih
Berapa kali ajar aku terbang aku pasti rebah
Banyak kali mengajar aku bercakap
Aku pasti lemah
Dan bila aku mahu mula belajar cara mudah
riak wajah berubah
Kalau kau rasa kau hebat
Cuma kau berdiri seorang diri
Jangan pandang kanan kiri
Jalan tanpa ada rasa bengang
Jalan tanpa rasa kau masih bagus
Kau lap airmata yang basah menghujani setiap detik nafas yang kau hembus
Kalau  kau  masih tenat
Aku tak yakin boleh bantu
Aku boleh bentangkan tikar yang berhabuk
Yang dah lapuk tak mampu yang baru
Aku seorang penakut yang tak boleh mengeluarkan rasa apa yang aku rasa
Tapi janji untuk sekalung bantuan itu aku tak janji juga
Aku pun boleh hanya berdoa
Dalam sintaksis aku , cuma aku yang tahu
Asonasi yang berbelitbelit aku cuma sembunyi
Semua pun tahu
Yang sememangnya buat dek depan aku
Orang metropolitan sekeliling belum cukup faham aku
Jadi buat apa aku harus fahamkan mereka?
Jangan jadi benak depan mereka
Jadi penakut yang kau rasa boleh
Jadi seorang yang kau tak penah jadi
Kalau kau lari
Belum tentu kau kau sampai di destinasi
Disana autonomi itu penuh sarang
Disana bermula titik merah yang kau tak penah jumpa
Jangan kau mula menyalak
Menyalak membuat orang kembali memandang
Kau patut sedar diri kau sebenar ,
Jangan mengharap yang lebih
Kerana yang lebih itu pedih
Yang pedih itu sakit kawan
Jadi hidup penakut sekejap
Takde orang pandang hina
Tapi menjeling simpati
Menatap sekilas petir
Bercakap macam barua
Itu belum yang munafik
Cuma yang penting
Semua orang pernah jadi penakut
Tapi semua diam
Sebab takut malu
Itulah
Aku pun
Penakut memang takde kesudahan
Yang akhirnya sesal hiba datang ,

p/s : aku memang penakut :(

No comments: