semua orang bercerita tentang raya
aku pula cerita lama
lama yang berlapuk
raya yang berserderhana
rumah yang berhabuk aku lap
lantai yang kotor aku mop
kueh raya yang mak aku buat aku gap
baju raya warnawarni aku tak pakai
suasana raya itu ada . tapi belum ada rasa
mercun yang abah beri aku tak sentuh
pasang pelita menghidupkan suasana raya dan malam tujuh likur
tutup malam yang pekat
biar cahaya yang ada semangat yang datang tibatiba
ramadhan meninggal raya lahir
lengok masyarakat melupakan ramadhan
syawal kini penuh bahagia
sibuk persiapan .
sampai terlupa yang wajib
yang sunat didahulukan
lumrah hidup
tonggak utama adalah kehendak sesungguhnya
allah tak beri apa yang kita mahu tapi allah beri apa yang kita perlu
itu dia falsafah aku
sampai mati aku pegang .
orang sakan beraya
aku sakan melaram
manusia akan lupa pada janji
manusia mana pernah puas
dalam mendung orang metropolitan itu biasa
sampai teresakesak menangis manusia memang bodoh
itu kata orang
pada allah manusia ialah sebaikbaik kejadiannya
bukan iblis yang bertopeng orang kota
puasa kali ini tak penuh
harap aku dapat ganti
hihihi .
p/s: salam lebaran . kemas rumah kawkaw .
2 comments:
sob sob sob~
kaw kaw ,sempat kau berkarya yew.
hehe ~ BIASA AH . HAHAH~
Post a Comment