08 June 2012

assalamualaikum.
jam pada saat ini menunjukkan 8.57 pm
apa yang boleh aku canang disini.
baik. aku seorang yang baik
kebaikan akan hilang jika semakin hari tekanan perasaan melampau
seorang anak pasti dan mahukan kebahagiaan yang mampu membanggakan sebuah keluarga.
begitu juga aku.
*tenung tulisan
semua orang pernah rasa sakit
bukan aku sorang
bahkan cacing babi pun pernah merasa itu, kesakitan bila dipijak
ini pula manusia seperti kita. seperti aku.
sakit mentality dan fizikal berlainan.
penyakit berlainan simptom hampir sama.
kadangkala pengharapan buat kita sakit
kadangkala keajaiban buat kita berharap
qada' dan qadar daripada allah sentiasa dihadapan
masa itu pengharapan daripada allah agar kita selamat sudah cukup.
anak satu lambang kejayaan seutuh sebuah keluarga
keluarga yang bahagia mcm mana?
rumah besar?kereta mewah?gaji mak ayah lumayan? ape nak semua boleh dibolot?
begitu.
bagaimana keluarga yang begitu happy ending boleh anda rumuskan.
pandang langit kemudian senyum.
pandang bumi kemudian kau menangis.
heyy masyarakat disini ramai orang perlukan kasih sayang iaitu prihatin
bukan taksub wang ringgit
kadang perlu kebebasan untuk bernafas
dikongkong sangat rasa lemas berbaur sesak nafas bagai lelah.
ibubapa perlu memahami anak itu bagaimana, begitu juga anak perlu tahu ibubapa mereka bagaimana.
disini bukan hak aku untuk siapa betul siapa salah.
mencuba menerangkan sesuatu yg hampir kabur bagi mereka yang selalu silau.
keluarga aku takbegitu sempurna, banyak cacat celanya.
aku mengaku.
aku begini anak palat. yang tak tahu dek untung.
persoalan bukan pada itu.
keluarga utama, bukan pada perkataan dan mulut longkang
dolak dalih keluarga entah kemana hilang.
kau kemana hilang.
sebuah keluarga perlu tahu corak anak2nya. cetak anak2nya.
mengikut atau terikut.
anak2nya minat bagaimana, bukan diturutkan kemahuan mereka yg mereka mahukan sahaja,
tugas ibubapa tahu yg mana terbaik tapi bukankah lebih baik bertanya mereka.
wahai anak, ibubapa yang terbaik. yang terbaik itulah ibubapa.
wahai ibubapa, anak2 mahukan yang terbaik
bagaimana nak diluahkan jika terperap. bagaimana jika diberitahu sentap.
bagaimana, bagaimana, bagaimana, bagaimana,bagaimana, bagaimana
setiap asonasi berlainan bunyi akan sampai ke klimaks dan kemudian jatuh airmata seorang gadis.
terus kembali kehidupan asal tiada beza. belajar sehingga kemenara. tinggi sana apabila sudah terjatuh baru mereka sedar. yang jatuh itu sedang sakit.
kebaikan berdasarkan kehendak orang lain, parah menjadi orang baik munafik. tapi jika ikhlas sentiasa senyum dibalik awan.sekian.









No comments: