20 February 2013

cita-cita sedang membina atau yang sedang mencipta
hajat aku masih lagi dibuai untuk membuktikan satu buku ciptaan aku
tapi belum realiti sepenuhnya
entah kenapa aku memilih untuk menulis sedangkan bakat masih kosong
mungkin ini, cara aku mudah memaparkan cara aku sendiri
aku tiada langsung kearah itu tapi bukan ada peraturan yang mengatakan
aku tidak boleh menulis dengan cara aku sendiri
masih ada lagi dalam pangkal hati untuk menyambung
aku bukan penulis, tapi aku menulis
dan aku bukan anak muda yang berperang menanti peluru
untuk aku tembuskan melalui penulisan
aku cuma mahu menulis disetiap perkara yang aku mahu
bukan keyboard warrior yang hasilnya kosong disetiap sudut twitter.
cita-cita aku hanya mahu sekadar menulis yang perlu
untuk menyambung ke sarjana, aku belum kuat atau lebih sesuai belum mampu menggalas
setiap perkataaan yang bernilai
kerana aku menulis tanpa peraturan
dan hasilnya masih terkapai dan masih kabur
orang masih belum faham, sedangkan kita syok menulis tanpa henti dan
disitu rupanya kosong.
masih banyak waktu yang terluang aku perlu manpatkan dengan membaca
aku masih terlalu jahil dalam setiap sudut.
aku pernah baca sesuatu dari kak fynn, menulis biar jujur.
aku langsung takpasti jujur itu bagaimana, mungkin jujur itu segalanya
atau sebalikya, tapi yang pasti aku tulis apa yang aku mahukan.



1 comment:

Anonymous said...

Ahh persetankan semua itu. Bahasa, asal kena, ngam, takluak. First buku lu keluar gua beli dulu *kekening