16 February 2013

disetiap hari aku dapat merasakan aku patah, aku cuma jumpa jalan singkat dengan tidur
melangkaui masa yang dikelilingi perasaan seksa
yang percuma digalas satu senyuman untuk membahagiakan senyawa lain
apa hipokrit diri ini, apa aku ini kuat dusta, apa aku ini jalang rupanya
apa aku ini mahu mati agaknya?
hidup mati itu, segala dibawah lingkungan kuasa besar Allah.
aku hanya mencipta rasa dan mereka ada untuk menyokong dan mendampingi kehadiran aku
jujur aku sering sahaja musnah dengan perasaan takut,
takut hilang dan takut dengan bayang
itu cuma mainan takhenti yang mengekori setiap tuannya,
aku nyata, hilang bukan suatu seksa tapi suatu yang lain
lain dari pandangan mata kasar
hilang itu tiada, tiada itu kosong
hilang punya makna yang besar,
hilang barang, hilang kenangan, hilang segalanya
apa yang lebih mengubah manusia, hilangnya manusia
aku jamin, aku mampu menghilang
aku pasti ramai yang mampu menghilang
kita jumpa dia, tapi kita takjumpa hati dia.
macam dekat tapi jauh
macam kita kenal dia, tapi rupanya tidak
macam-macam kitaran dunia ini
nampak gah, tapi manusianya kosong.
aku cuma sedar sikit bahawa, yang hilang itu aku perlu biarkan.
biar waktu membuang yang hilang dan kembalikan yang terbuang.



No comments: